6 Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Langsir/Bidai Siap
- 10 November 2016
Anda baru berpindah ke rumah baharu atau terfikir untuk mengubah suai rumah sedia ada, dan memerlukan langsir/bidai baharu. Sedang anda berjalan hendak membeli makanan di pasar berdekatan, anda terserempak dengan sebuah kedai yang menjual deretan fabrik langsir siap buat yang dipamerkan dengan bangganya di seluruh kedai. Dalam keterujaan sesaat itu, anda rasa seperti mahu terus mencapai dan mengambil satu daripada rak. Tetapi patutkah anda? Ia mungkin lebih murah dan lebih mudah, namun inilah 6 perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli langsir atau bidai siap buat.
1) Warna & Reka Bentuk Langsir Siap
Langsir siap buat biasanya hadir dalam julat warna yang terhad sahaja (lazimnya warna standard; merah, biru, putih dan sebagainya) dan selalunya hanya satu ton bagi setiap warna. Ini bermakna pilihan anda jauh lebih sedikit untuk dipadankan dengan warna dinding di rumah. Hal ini amat merugikan jika rumah anda mengikut sesuatu tema atau konsep tertentu yang ingin anda capai.
Langsir dan bidai yang dibuat mengikut ukuran membolehkan anda mencari warna yang paling ideal dan membuatnya mengikut tema rumah anda. Langsir tempahan khas juga bermakna anda boleh memilih fabrik bercorak yang biasanya tidak dijual di kedai langsir siap kerana faktor ekonomi skala.
2) Panjang/Lebar Langsir Siap
Salah satu tarikan terbesar memilih langsir/bidai tempahan khas berbanding langsir siap ialah ukurannya. Tingkap tidak dibuat sama dan setiap rumah mempunyai dimensi yang berbeza. Walaupun 2 tingkap mempunyai saiz yang sama tepat, ketinggian dan kedudukan tingkap itu dari siling mungkin tidak sama.
Sama seperti sut yang dibeli siap dan terus disarung, barangan siap jarang benar-benar kena pada badan dan tidak pernah nampak sekemas yang sepatutnya. Tetapi tidak seperti sut yang akan ditanggalkan pada penghujung malam, langsir dan bidai biasanya kita pasang untuk beberapa tahun.
3) Memadankan Langsir Siap Anda
Kami bukan sekadar bercakap tentang memadankan penutup tingkap dengan dinding rumah anda; adakah anda juga bercadang mendapatkan langsir jenis lain untuk tingkap yang sama? Contohnya langsir siang dan langsir malam. Jika ya, adakah anda juga mahu membelinya siap di rak?
Dengan pilihan fabrik dan warna yang terhad untuk langsir siap, sudah cukup sukar untuk memadankan 2 langsir yang berbeza antara satu sama lain, apatah lagi untuk kedua-duanya serasi dengan dinding rumah anda.
Kita teringin memiliki rumah sendiri, tetapi keperibadian kita sering hilang apabila barangan siap dipaksa untuk serasi antara satu sama lain.
4) Bagaimana anda bercadang memasang langsir siap anda?
Langsir dan bidai bukan seperti tikar yang sekadar dihamparkan di atas lantai rumah; selepas dibeli, ada kerja penyesuaian dan pemasangan yang perlu dilakukan, contohnya bidai gulung. Jika anda bukan jenis yang suka buat sendiri, ini mungkin menjadi masalah. Kelebihan langsir tempahan khas ialah ia biasanya disertakan dengan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan.
5) Kualiti Langsir Siap di Rak
Secara berterus-terang, barangan siap buat dihasilkan secara pukal dan biasanya bukan daripada kualiti yang terbaik. Semua ini mungkin nampak tidak banyak bezanya ketika anda membeli, tetapi kesannya boleh menjadi agak ketara apabila ia terdedah kepada cahaya matahari yang terik selama bertahun-tahun sehingga warnanya mula pudar dan sebagainya — dan itu membawa kita kepada perkara seterusnya;
6) Nilai
Perhatikan bagaimana kami menggunakan istilah "Nilai" dan bukan harga? Itu kerana kami faham bahawa langsir / bidai siap buat secara umumnya lebih murah daripada yang dibuat mengikut ukuran. Namun, jika anda melihat nilai jangka panjang dan mengambil kira jangka hayat langsir tempahan khas, selalunya lebih ekonomik dan lebih murah untuk memilih kualiti yang lebih baik dari mula.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang manfaat langsir tempahan khas, berbincanglah dengan mana-mana perunding kami yang sedia membantu anda. The Curtain Boutique ialah pembekal langsir dan bidai terkemuka di Malaysia yang pakar dalam penutup tingkap tempahan khas yang dibuat mengikut ukuran. Kami menawarkan pengukuran di lokasi secara PERCUMA serta bilik pameran khas yang mempamerkan rangkaian fabrik dan koleksi kami yang luas.


